Andi (gelar)

Yang Mulia Andi' ialah nama atau gelaran bagi Suku Makassar Dan Suku Bugis yang diberikan kepada mereka yang berketurunan bangsawan Diraja Bugis Makassar. Nama ini diletakkan sebagai nama pertama dalam nama seorang Bugis makassar, contohnya (Yang Mulia Andi Sipolan bin Andi Sipolan). atau (Yang Mulia Andi Sipolan bin Daeng Sipolan). Gelaran ini merupakan yang tertinggi dan hanya diberikan kepada anak bangsawan asli, iaitu ibu bapanya kedua-duanya berketurunan bangsawan Diraja Bugis makassar, Atau bapanya berketurunan bangsawan diraja Bugis makassar. Kalau ibunya berketurunan bangsawan diraja Bugis dan Makassar tetapi bapanya tidak berketurunan bangsawan diraja Bugis dan Makassar dan tak ada gelaran bangsawan diraja Bugis makassar, bapanya ialah orang biasa tidak boleh menggunakan gelaran Andi' dan gelaran Daeng' bagi anak anaknya.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne