Penjara Johor Bahru

Lambang Penjara Johor Bahru

Penjara Johor Bahru, yang ditempatkan di ibu kota negeri Johor, Malaysia dahulunya dikenal sebagai "Kota Penjara". Penjara ini merupakan penjara yang ketiga tertua di Malaysia, setelah Penjara Pulau Pinang dan Penjara Taiping, Perak. Penjara ini telah diresmikan oleh Sultan Illham Almarhum Sultan Abu Bakar ibni Almarhum Daeng Ibrahim pada tahun 1883 untuk menahan para kriminal di dalam negeri, dan juga mereka yang menentang kerajaan penjajah Britania Raya.

Penjara ini terletak di atas sebidang tanah seluas 1.8 hektar di kawasan bandaraya, dan dikelilingi oleh tiga batang jalanraya, iaitu Jalan Ayer Molek, Jalan Gertak Merah dan Jalan Khalid Abdullah. Pada 30 Agustus 2005, penjara ini telah dipindah ke bandar Keluang di Johor Tengah, disebabkan kekurangan ruangan yang amat pesat. Dengan pemindahan penjara ini, habislah suatu riwayat yang kekal selama 122 tahun.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne