(G)I-dle

(G)I-dle
(G)I-dle pada Januari 2020
Dari kiri ke kanan: Soojin, Miyeon, Soyeon, Yuqi, Shuhua dan Minnie
Latar belakang
Nama asal(여자)아이들
ジー アイドゥル
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2018 (2018)–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
United Cube
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Ahli
Bekas ahli
Korean name
Hangul
Hanja
Perumian SemakanYeoja Aideul
McCune–ReischauerYŏja Aidŭl
Japanese name
Katakanaジー アイドゥル

(G)I-dle (Hangul(여자)아이들; RRYeoja Aideul; dipendekkan kepada GIRL-I-DLE) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Cube Entertainment pada tahun 2018. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi dan Shuhua. [1] Pada asalnya enam orang ahli, Soojin telah meninggalkan kumpulan ini pada 14 Ogos 2021.[2] Kumpulan ini membuat penampilan sulung pada 2 Mei 2018 dengan album mini pertama mereka bertajuk I Am. Pada 31 Julai 2019, kumpulan ini memulakan debut di Jepun di bawah U-Cube[3] dengan Latata.

(G)I-dle diberi jolokan "monster rookie" pada 2018 dan telah dianggap sebagai salah satu kumpulan wanita Korea Selatan paling berjaya yang bukan berasal dari label rakaman "tiga besar".[4][5] Sejak debut mereka, kumpulan ini telah mengeluarkan enam mini album dan lapan single termasuk "Latata", "Hann (Alone)", "Senorita", "Uh-Oh", "Lion", "Oh My God", "Dumdi Dumdi" dan "Hwaa".

(G)I-dle juga dikenali kerana penglibatan secara langsung dalam muzik mereka, dengan ketua mereka, Soyeon, dan anggota Minnie dan Yuqi menulis dan ikut menerbitkan karya muzik mereka.[6] Bagi mempromosikan album mini ketiga mereka I Trust pada tahun 2020, kumpulan ini menandatangani kontrak dengan label rakaman Amerika Republic Records[7] untuk mengembangkan kerjaya di AS. Selepas dikeluarkan, kumpulan ini mencatat rekod tertinggi untuk kumpulan wanita Korea Selatan di kedudukan carta lagu iTunes Album Teratas dan kumpulan wanita keempat yang menjual 100.000 unit di minggu pertama penjualan.[8] Album single 2020 mereka Dumdi Dumdi mencipta rekod penjualan album single, menjadikannya album single kumpulan wanita terlaris kedua sepanjang zaman.[9] (G)I-dle juga menjadi kumpulan K-pop pertama yang ditemubual oleh Forbes China.[10]

  1. ^ "Official Naver profile". Diarkibkan daripada yang asal pada February 22, 2020. Dicapai pada May 8, 2018.
  2. ^ "Soojin to leave (G)I-DLE after five-month hiatus over bullying allegations". The Straits Times (Singapore). 15 August 2021. Dicapai pada 15 August 2021.
  3. ^ "Cube Entertainment, Universal Music Japan establish joint label U Cube". kpopherald (dalam bahasa Inggeris). November 23, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada November 23, 2018. Dicapai pada November 7, 2019.
  4. ^ 이문원의 쇼비즈워치 (여자)아이들, 글로벌 팬덤형 걸그룹의 미래 [[Lee Moon-won's Showbiz Watch] (G)I-dle, the future of a global fandom-type girl group]. Sports World. Lee Moon-won. April 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  5. ^ [불금N] 네이버처럼 나도 '엔터주'에 투자해볼까. TechM. Kim Im-soo. August 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada August 15, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
  6. ^ Taylor Glasby (September 1, 2020). "(G)I-DLE are a major K-pop girl group writing their own music". i-D. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2020. Dicapai pada September 2, 2020.
  7. ^ Jeff Benjamin (April 8, 2020). "(G)I-DLE Detail How Their Group 'Contrast' Is Shown With New 'I Trust' EP". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 9, 2020. Dicapai pada April 8, 2020.
  8. ^ Ji-hye, Kim (July 9, 2020). (여자)아이들, 'Oh my god' MV 1억뷰..통산 네 번째[공식] [(G)I-dle,'Oh my god' music video surpassed 100 million views.. 4th official [Official]]. HeraldPop. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 27, 2020.
  9. ^ Lee Joon-Hyun (August 11, 2020). (여자)아이들, 싱글 '덤디덤디' 초동 9만 4천 장 돌파...역대 걸그룹 싱글 2위 [(G)I-dle, 'Dumdi Dumdi' exceeded 94,000 copies in the first week... Girl group single album ranked 2nd]. Korea Economic Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 19, 2020.
  10. ^ Cheon Seol-hwa (August 27, 2020). (여자)아이들, K-POP 그룹 최초 中 포브스와 인터뷰 진행 [(G)I-dle, the first K-POP group to conduct an interview with Forbes in China]. Star Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 27, 2020.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne