Tarikh | 9 November 1799 |
---|---|
Lokasi | Perancis |
Hadirin | Napoleon Bonaparte, Emmanuel-Joseph Sieyès, Charles-Maurice Talleyrand, Roger Ducos, Paul Barras, Lucien Bonaparte, Joseph Bonaparte, Jean Jacques Régis de Cambacérès, Charles François Lebrun dan lain-lain. |
Hasil | Konsulat Perancis; penggunaan perlembagaan di mana Konsul Pertama, kedudukan Napoleon untuk memerintahnya, mempunyai kuasa paling tinggi dalam kerajaan Perancis |
Rampasan kuasa 18 Brumaire berkesudahan dengan Jeneral Napoleon Bonaparte merampas kuasa sebagai Konsul Pertama negara Perancis, dan menamatkan Revolusi Perancis. Kudeta menggulingkan Direktori (Bahasa Perancis: Directoire) Perancis dan menggantinya dengan Konsulat Perancis. Rampasan kuasa berlaku pada 9 November 1799, bersamaan dengan 18 Brumaire Tahun VIII mengikut takwim digunakan pasca-Revolusi ketika itu memberi nama kepada peristiwa ini.