1TYM 원타임 | |
---|---|
Berasal dari | ![]() |
Genre | Hip hop, R&B, K-pop |
Tahun aktif | 1998-kini |
Syarikat rakaman | YG Entertainment United Asia Management |
Laman sesawang | 1tym.com |
Ahli | Oh Jin-hwan Teddy Park Song Baek-kyoung Im Tae-bin |
1TYM (Korea: 원타임, disebut sebagai "One Time") merupakan kumpulan muzik hip hop yang berasal dari negara Korea Selatan. Anggota kumpulan ini ialah Oh Jin-hwan (오진환), Park Hong-jun (박홍준, dikenali sebagai Teddy Park), Song Baek-kyoung (송백경) dan Im Tae-bin (임태빈, dikenali sebagai Danny). Ketua kumpulan ini, Teddy dan vokalis Danny yang kedua-duanya berasal dari Amerika Syarikat telah berpindah ke Korea Selatan apabila mereka berdua diterima oleh pihak YG Entertainment untuk menjadi penyanyi.