Jenis | Rangkaian penyiaran televisyen dan media baru |
---|---|
Penjenamaan | The Kapamilya Network[nota 1] |
Ketersediaan | Seluruh negara |
Ditubuhkan | 23 Oktober 1953 oleh James Lindenberg Antonio Quirino Eugenio Lopez, Sr. Fernando Lopez |
Slogan | In the Service of the Filipino (Melayu: Di dalam Perkhidmatan bagi Rakyat Filipina) Kapamilya Forever (slogan semasa penutupan) |
37.58% (Nielsen National Urban TAM Januari–Ogos 2016)[1] | |
Ibu pejabat | ABS-CBN Broadcasting Center, Sgt. Esguerra Avenue, Diliman, Quezon City, Filipina |
Pemilik | ABS-CBN Corporation |
Orang penting | Carlo Katigbak (Presiden dan CEO) Cory Vidanes (Ketua pegawai operasi penyiaran) Charo Santos-Concio (Ketua pegawai kandungan) Laurenti Dyogi (Ketua Bahagian Penerbitan TV) |
Tarikh pelancaran |
|
Dibubarkan |
|
Nama lama | Alto Broadcasting System (ABS) Chronicle Broadcasting Network (CBN) |
Format gambar | 1080i (HDTV) (diturunkan kepada 480i untuk suapan SDTV) |
Rangkaian kembar | ABS-CBN Sports+Action |
Rangkaian antarabangsa | The Filipino Channel |
Laman sesawang | www |
Digantikan | BBC-2 (undang-undang tentera) |
Digantikan oleh | Interim:
|
ABS-CBN (singkatan bagi nama lama rangkaian, Alto Broadcasting System - Chronicle Broadcasting Network) merupakan rangkaian televisyen komersial dan media baru Filipina yang dimiliki oleh ABS-CBN Corporation, sebuah syarikat di bawah Kumpulan Lopez. Rangkaian ini beribu pejabat di ABS-CBN Broadcasting Center di Quezon City, dengan pejabat tambahan dan kemudahan penerbitan di 25 bandar-bandar utama termasuk Iloilo, Cebu dan Davao. ABS-CBN secara rasmi telah dirujuk sebagai The Kapamilya Network (Rangkaian Kapamilya).[nota 1] Ia pada asalnya diperkenalkan pada tahun 1999 dan diperkenalkan secara rasmi pada 2003 sempena ulang tahun ke-50 televisyen Filipina. Ia merupakan rangkaian televisyen terbesar di negara ini dari segi pendapatan, aset, dan liputan antarabangsa.
ABS-CBN ialah penyiar televisyen tertua di Asia Tenggara dan salah satu penyiar televisyen komersial tertua di Asia. Ia juga merupakan rangkaian televisyen terkemuka di Filipina dengan hasil pendapatan pengiklanan 21.2 bilion peso bagi tahun fiskal siaran televisyen pertama 2015. [2][3][4][5][6] Siaran televisyen ABS-CBN yang pertama pada 23 Oktober 1953 sebagai Alto Broadcasting System (ABS) menerusi DZAQ-TV, hanya 3 bulan selepas siaran pertama Jepun Nippon Television. Ia juga merupakan rangkaian televisyen pertama di Asia Tenggara yang disiarkan dalam warna, rangkaian televisyen pertama di Filipina secara rasmi melancarkan perkhidmatan televisyen terestrial digital, dan rangkaian televisyen siaran pertama di Filipina secara rasmi dilancarkan dalam definisi tinggi.
Stesen televisyen perdana ABS-CBN ialah DWWX-TV (ABS-CBN TV-2 Manila). Rangkaian ini beroperasi di seluruh kepulauan Filipina menerusi bahagian serantau ABS-CBN yang mengendalikan 80 stesen televisyen.[2][7] Rancangannya juga disediakan di luar Filipina melalui saluran televisyen langganan global The Filipino Channel (TFC) yang kini boleh didapati di lebih tiga juta isi rumah membayar seluruh dunia serta terestrial di Guam melalui KEQI-LP. Sejak 2011, rangkaian ini telah diuji siaran untuk televisyen terestrial digital menggunakan piawaian Jepun ISDB-T di kawasan terpilih di Filipina. Pada 3 Oktober 2015, ABS-CBN mula disiarkan dalam definisi tinggi melalui penyedia televisyen kabel terus ke rumah pilih dan kemudian di televisyen satelit terus ke rumah.
Rangkaian itu telah diberikan surat pemberhentian oleh Suruhanjaya Telekomunikasi Kebangsaan (NTC) pada 5 Mei 2020 setelah NTC enggan memperbaharui lesen penyiaran ABS-CBN pada awal Februari 2020. Setelah menemui kontroversi dan protes orang ramai mengenai penolakan awal NTC, ABS-CBN pada mulanya dibenarkan beroperasi di bawah lesen sementara, dengan sokongan kedua-dua senat dan kongres. Penyelidikan oleh pelbagai pejabat kerajaan menunjukkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kekurangan atau masalah. Terdapat tuduhan bahawa penolakan NTC atas pembaharuan lesen penyiaran ialah berdasarkan liputan berita kritikal rangkaian terhadap pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte. Lesen penyiaran itu tamat pada 4 Mei 2020, dan sehari kemudian, ABS-CBN secara rasmi menamatkan siarannya.[8][9] Ini merupakan kali kedua rangkaian tersebut menamatkan siaran sejak pengisytiharan undang-undang tentera oleh Bekas Presiden Ferdinand Marcos pada 23 September 1972.[10][11] Pada 10 Julai 2020, Jawatankusa Dewan Perwakilan Rakyat menolak pembaharuan francais penyiaran ABS-CBN.[12][13] Akibatnya, rangkaian itu menamatkan kebanyakan operasi perniagaannya dan memberhentikan pekerjanya pada 31 Ogos 2020.[14] Kapamilya Channel kemudian telah diwujudkan sebagai penggantian untuk rangkaian terestrial utama yang boleh ditonton menerusi kabel, satelit dan dalam talian. Pada 10 Oktober 2020, A2Z Saluran 11 telah dilancarkan sebagai ruang saluran terestrial sementara rangkaian di mana ia merupakan perjanjian blok siaran antara ABS-CBN Corporation dan ZOE Broadcasting Network.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/>
yang berpadanan disertakan
|publisher=
(bantuan)