AH-64 Apache | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter penyerang |
Pengeluar | Hughes Helicopters McDonnell Douglas Boeing Integrated Defense Systems |
Penerbangan sulung | 30 September 1975 |
Status | Aktif |
Pengguna utama | Tentera Darat Amerika Syarikat Tentera Udara Israel Tentera Udara Diraja Belanda Tentera Pertahanan Diri Darat Jepun |
Dikeluarkan | 1984-kini |
Jumlah dibina | 2,200+ buah |
Kos seunit | AH-64A: AS$20 juta (2007) AH-64D: AS$65 juta (2010)[1] AH-64E: AS$35.5 juta (2014)[2] |
Kelainan | Westland WAH-64 Apache |
AH-64 Apache adalah merupakan sebuah helikopter penyerang tentera yang sesuai bagi semua keadaan cuaca. Ia dikendalikan oleh dua orang krew dan persenjataan utamanya merupakan sebuah meriam rantai M230 30 mm yang terletak di bawah muncungnya. Helikopter ini juga boleh membawa gabungan persenjataan lain seperti AGM-114 Hellfire dan pod roket Hydra 70 di empat tenggekan pada pilon pangkal sayap. AH-64 Apache merupakan helikopter penyerang utama bagi Tentera Darat Amerika Syarikat dan merupakan pengganti kepada helikopter penyerang AH-1 Cobra.
Ah-64 Apache telah direka oleh firma Hughes Helicopters bagi menyahut program Helikopter Penyerang Termaju (HPT) Tentera Darat A.S. Firma McDonnell Douglas kemudian membeli Hughes Helicopters dan meneruskan pembangunan helikopter ini. Pembangunan ke atas helikopter ini kemudian telah menghasilkan helikopter AH-64D Apache Longbow yang mana kini dikeluarkan oleh Boeing Integrated Defense Systems. Helikopter-helikopter AH-64 milik Tentera Darat A.S ini pernah beraksi dalam operasi-operasi di Panama, Perang Teluk, Afghanistan, dan Iraq.