AV-8 Harrier II

AV-8B Harrier II
Pesawat AV-8B+ Harrier II Plus di atas kapal penyerang amfibia USS Nassau
Peranan Pesawat penyerang V/STOL
Pengeluar McDonnell Douglas / British Aerospace
Boeing / BAE Systems
Penerbangan sulung 9 November 1978 (YAV-8B)
Mula digunakan 12 Januari 1985 (AV-8B)
Jun 1993 (AV-8B+)
Pengguna utama Kor Marin Amerika Syarikat
Tentera Laut Sepanyol
Tentera Laut Itali
Dikeluarkan AV-8B/B+: 1981-2003[1]
Kos seunit AS$ 6.7 juta (AV-8A)
AS$ 30-35 juta pada 1997 (Harrier II Plus)[2]
Dibangunkan dari Hawker Siddeley Harrier
BAE Sea Harrier
Kelainan BAE Harrier II

McDonnell Douglas AV-8B Harrier II merupakan keluarga generasi kedua pesawat jet V/STOL pelbagai peranan pada akhir kurun ke-20. Firma British Aerospace bergabung kembali ke dalam projek ini pada awal 1980-an, dan telah diuruskan oleh Boeing/BAE Systems sejak tahun 1990-an.

Dibangunkan berdasarkan pesawat Hawker Siddeley Harrier, pesawat ini berperanan utama sebagai pesawat serangan ringan atau pelbagai peranan, kebiasaannya dioperasikan daripada kapal pengangkut pesawat kecil dan kapal penyerang amfibia. Pelbagai versi pesawat ini digunakan oleh negara-negara NATO, termasuk United Kingdom, Sepanyol, Itali, dan Amerika Syarikat.

Pesawat ini dikenali sebagai AV-8B Harrier II dalam perkhidmatan Kor Marin Amerika Syarikat dan Harrier GR7/GR9 dalam perkhidmatan British. Walaupun ia berkongsi angka penandaan yang sama dengan pesawat AV-8A/C Harrier yang terdahulu, AV-8B Harrier II secara ekstensif telah dibangunkan semula oleh McDonnell Douglas. Pesawat AV-8A adalah merupakan pesawat Hawker Siddeley Harrier GR.1A generasi awal yang dibekalkan kepada Kor Marin A.S. Model-model pesawat ini sering kali dipanggil sebagai "Harrier Jump Jet".

  1. ^ Norden 2006, Appendix A.
  2. ^ Military aircraft prices

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne