![]() Koleksi A Series of Unfortunate Events (The Complete Wreck). | |
Umum | |
---|---|
Pengarang | Daniel Handler, a.k.a. Lemony Snicket |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Genre | Komedi hitam, cereka gothik, absurdis kanak-kanak |
Penerbitan | |
Pengilustrasi | Brett Helquist |
Pelukis kulit | Brett Helquist |
Penerbit | HarperCollins |
Tarikh penerbitan | 30 September 1999 – 13 Oktober 2006 |
A Series of Unfortunate Events merupakan satu siri buku kanak-kanak yang mengandungi tiga belas buah novel karangan Daniel Handler di bawah nama samaran Lemony Snicket, dan diilustrasikan oleh Brett Helquist. Kisahnya mengenai tiga kanak-kanak yatim piatu Baudelaire selepas kematian ibu bapa mereka dalam suatu kebakaran. Latar siri adalah anakronistik, dan dalam siri itu terdapat banyak kilasan budaya dan sastera.
Filem berdasarkan tiga buku pertama dalam siri ini telah dikeluarkan pada 17 Disember 2004, sebagai Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events[1], yang juga mempunyai permainan video berdasarkannya[2]. Buku audio yang dikeluarkan memasukkan lagu-lagu oleh The Gothic Archies, dan album susunan lagu-lagu itu juga telah dikeluarkan.