Datuk Abd Rahim Bakri merupakan Ahli Parlimen Kudat, Sabah yang kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan I bermula pada 10 Mac 2020 atas lantikan daripada Perdana Menteri Ke-8 iaitu Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang juga bersama dalam komponen kerajaan Perikatan Nasional. Beliau sebelum ini meninggalkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi Bebas pada 2018.[2]
Dahulunya, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan Timbalan Luar Negeri.