Abdul Ghani Minhat

Tan Sri Datuk
Abdul Ghani Minhat
PSM PJN DSSA DIMP AMN
Maklumat peribadi
Nama penuh Abdul Ghani bin Minhat
Tarikh lahir (1935-12-23)23 Disember 1935
Tempat lahir Kampung Solok, Rantau,
Negeri Sembilan, British Malaya
(kini Malaysia)
Tarikh kematian 28 September 2012(2012-09-28) (umur 76)
Tempat kematian Kuala Lumpur, Malaysia
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1955-1968 Selangor FA
Pasukan kebangsaan
1956-1963 Malaysia Malaysia
Pasukan diurus
1969
1970-1973
1983-1985
Malaysia
Selangor FA
Selangor FA
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "years"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "nationalyears"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "manageryears"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "clubs"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "nationalteam"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox football biography with unknown parameter "managerclubs"

Tan Sri Datuk Abdul Ghani bin Minhat PSM PJN DSSA DIMP AMN (23 Disember 1935 – 28 September 2012) merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia yang pernah mewakili pasukan Piala Malaysia Selangor pada tahun 1950-an sehinggalah penghujung 1960-an. Beliau beraksi sebagai penyerang dan sayap ketika mewakili Selangor dan Malaysia. Beliau pernah dihantar FAM untuk menjalani sesi latihan di Eintracht Frankfurt, Jerman. Beliau digelar sebagai Raja Bola di atas kehebatannya di padang dan merupakan salah seorang lagenda bola sepak Malaysia.

Beliau banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor walaupun berasal dari Negeri Sembilan. Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.[1] Allahyarham pernah merangkul Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.[2] Beliau juga merupakan pemain Asia pertama yang mencapai 50 gol untuk pasukan kebangsaan lelaki di pentas antarabangsa pada 15 Disember 1961 dan pemain ke-5 di dunia yang mencapai 50 gol untuk pasukan kebangsaan.[3][4]

  1. ^ "'Raja bola M'sia' ditawar bermain di Liga EPL pada 1962". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-30. Dicapai pada 28 September 2012.
  2. ^ Raja Bola, Abdul Ghani Minhat meninggal dunia Diarkibkan 2012-09-30 di Wayback Machine Utusan Malaysia (29 September 2012). Diperoleh pada 1 Oktober 2012.
  3. ^ Mamrud, Roberto (30 March 2021). "Abdul Ghani Minhat – Goals in International Matches". Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2021. Dicapai pada 30 March 2021.
  4. ^ "Peristiwa 28 September 2012" (dalam bahasa Malay). Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2023. Dicapai pada 28 September 2022 – melalui Facebook.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne