Abdul Ghani al-Maqdisi | |
---|---|
Gelaran | Taqiyuddin |
Peribadi | |
Kelahiran | 1146 M/541 H[perlu rujukan] |
Kematian | 1203 M/600 H[1] |
Tempat persemadian | Perkuburan Al-Qurafah, Mesir |
Agama | Islam |
Etnik | Arab |
Karya penting |
|
Abdul Ghani ibn Abdul Wahid al-Jammaili al-Maqdisi (Arab: عبدالغني المقدسي ) (1146-1203 M) ialah seorang ulamaSunni dan pakar Hadis.[3] Nama penuhnya ialah Abu Muhammad Abdul Ghani ibn Abdul Wahid bin Ali bin Surur ibn Rafi' bin Hussain bin Jaafar al-Maqdisi al-Jammaili al-Hanbali. Dia dilahirkan pada 1146 M (541 H) di perkampungan Jummail di Palestin. Dia belajar dengan para ulama di Damsyik; kebanyakan mereka ialah daripada keluarga jauhnya. Dia belajar dengan Imam Tasawuf, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Dia ialah orang pertama yang menubuhkan sekolah di Bukit Qasiyun berdekatan Damsyik. Dia meninggal dunia pada 1203 M (600 H).[5]
Dia mempunyai hubungan persaudaraan dengan Diyauddin al-Maqdisi, yang mana ibunya dan nenek Diyauddin adalah adik-beradik. Dia mempunyai tiga orang anak, iaitu Muhammad, Abdullah dan Abdul Rahman, semuanya menjadi ulama. Ulama, Ibnu Qudamah al-Maqdisi ialah sepupu belah ibunya, dan Ibnu Qudamah menerangkan perkaitannya dengan Abdul Ghani sebagai:
"Rakan saya ketika zaman kanak-kanak dan zaman mencari ilmu, dan tidak pernah kami berlumba-lumba untuk kebaikan kecuali dia akan mendahului saya, dengan pengecualian kecil"[6]
Dia juga ialah pengarang Al-Kamal fi Asma' al-Rijal, sebuah himpunan biografi perawi hadis.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama jacb2