Abdul Rahman Ya'kub | |
---|---|
Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-4 | |
Dalam jawatan 2 April 1981 – 1 April 1986 | |
Didahului oleh | Abang Muhammad Salahuddin |
Digantikan oleh | Ahmad Zaidi Adruce |
Ketua Menteri Sarawak ke-3 | |
Dalam jawatan 7 Julai 1970 – 1 April 1981 | |
Gabenor | Tuanku Bujang Tuanku Othman Abang Muhammad Salahuddin |
Timbalan | Stephen Yong Kuet Tze (1970–1975) Sim Kheng Hung (1975–1990) Dunstan Endawie Enchana (1977–1979) Alfred Jabu Numpang (1975–2016) Simon Dembab Maja (1970–1973) Daniel Tajem Miri (1979–1981) |
Didahului oleh | Tawi Sli |
Digantikan oleh | Abdul Taib Mahmud |
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ke-3 | |
Dalam jawatan 1978 – 26 Mac 1981 | |
Didahului oleh | Abdul Taib Mahmud |
Digantikan oleh | Abdul Taib Mahmud |
Menteri Pelajaran Malaysia | |
Dalam jawatan 21 Mei 1969 – 5 Julai 1970 | |
Raja | Sultan Ismail Nasiruddin |
Perdana Menteri | Tunku Abdul Rahman |
Didahului oleh | Mohamed Khir Johari |
Kawasan pilihan raya | Payang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Jepak, Bintulu, Kerajaan Sarawak, Empayar British (sekarang Sarawak, Malaysia) | 3 Januari 1928
Mati | 9 Januari 2015 Kuching, Sarawak, Malaysia | (umur 87)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya, Kuching, Sarawak |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Ra'ayat Jati Sarawak (1961–1968) Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1966–1968) Parti Bumiputera Sarawak (1968–1973) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (1973–1981) Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (1986–1991) |
Pasangan | Toh Puan Normah Abdullah @ Rosaline Soon Siew Joon (meninggal dunia) Toh Puan Hayati Ahmat Toh Puan Siti Maemunah Kamal Toh Puan Zambin Rokiah Tahir |
Pertalian | Tun Abdul Razak (Besan) Tun Abdul Taib Mahmud (Anak saudara) Datuk Norah Abdul Rahman (Anak perempuan) |
Anak | 19 orang (16 kandung, 3 anak angkat) termasuk Norah Abdul Rahman |
Kediaman | Sri Bahagia, Petra Jaya, Kuching |
Tempat belajar | Universiti Southampton, United Kingdom |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Peguam |
Allahyarham Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya'kub (3 Januari 1928 – 9 Januari 2015) merupakan ahli politik Malaysia yang berketurunan Melanau dari Mukah (tetapi lahir di Bintulu dan menetap di Kuching sehingga akhir hayatnya). Beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak keempat. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Ketua Menteri Sarawak ke-4 (kini Premier) dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7, Tun Abdul Taib Mahmud.