A. Razak Mohaideen DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Razak bin Haji Mohaideen 22 Januari 1965 |
Pendidikan | Sarjana Sastera dalam Televisyen dan Filem Cereka Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan |
Pusat pendidikan | Universiti Sheffield Hallam |
Pekerjaan | Pengarah, jururunding skrip, penulis, penerbit |
Tahun aktif | 1997–kini |
Pasangan | Datin Nazeera Ahmad Bazari (k. 1996) |
Anak-anak | 2 |
Saudara |
|
Prof. Madya Dato' Dr. Abdul Razak bin Haji Mohaideen (lahir 22 Januari 1965)[Nota 1] merupakan seorang pengarah, jururunding skrip, dan penulis Malaysia. Beliau terkenal menerusi hasil kerjanya yang mendapat sambutan di pawagam seperti Gemerlapan, Anak Mami The Movie, Mami Jarum, Jutawan Fakir, Hingga Hujung Nyawa, I Know What You Did Last Raya, Bujang Senang, Otai, Duyung, Raya Tak Jadi dan Mana Mau Lari.
Dua adiknya, Abdul Latiff dan Abdul Shukor, turut melibatkan diri dalam bidang perfileman. Beliau juga merupakan pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures.
Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "Nota", tetapi tiada tag <references group="Nota"/>
yang berpadanan disertakan