Abdul Aziz Ishak

Dato Abdul Aziz Ishak is the former CEO of Kumpulan Utusan

Dato' Abdul Aziz Ishak adalah bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan (2008-2018).


Abdul Aziz Ishak
Kelahiran (1964-04-18) 18 April 1964 (umur 60)
PekerjaanKetua Pengarang Kumpulan Utusan
Tahun aktif2008-2018

Pada waktu itu, kumpulan media tersebut menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo, pelbagai majalah dan buku selain pengiklanan.

Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah  Kumpulan Utusan (2009- Jun 2018). Beliau bersara awal ekoran perubahan dalam pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan selepas Pilihanraya Umum 2018.

Dato Abdul Aziz pernah dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (2016-2018),  Ahli Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)  pada 2011 hingga 2018, Ahli Lembaga Penasihat Gagasan Ekonomi Melayu (GABEM) (2010-2015),  Ahli Lembaga Penasihat Pusat Sains Negara (2009-2011) dan Ahli Penasihat Pemikir, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (2011-2013).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne