Abdul Gani Patail PMN, PSM; SJMK (Kel); SSAP (Phg); SPDK (Sbh); SSIS (Sel); DGSM (Mel); PGDK (Sbh); KMN | |
---|---|
Dalam jawatan 1 Januari 2002 – 1 Julai 2015 | |
Didahului oleh | Ainum Mohd Saaid |
Digantikan oleh | Mohamed Apandi Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lahad Datu, Borneo Utara | 6 Oktober 1955
Pasangan | Puan Sri Maimon Ariff |
Tempat belajar | Universiti Malaya |
Bidang pengkhususan | Pendakwaraya |
Tan Sri Abdul Gani Patail, PMN, (lahir 6 Oktober 1955) ialah bekas Peguam Negara Malaysia. Beliau pernah mengetuai pasukan petugas khas menyiasat wang berbilion ringgit dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Pada 27 Julai 2015, Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa mengumumkan perkhidmatan Abdul Gani ditamatkan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikannya.[1] Kerajaan bertegas khidmat Abdul Gani tidak disambung atas faktor kesihatan namun spekulasi mengatakan ia ekoran beliau telah hampir selesai menyiasat skandal 1MDB dan 'derma' RM2.6 bilion.[2]
Pada 15 Mei 2018, Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan dengan Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Abdul Gani di bangunan Yayasan Perdana di Putrajaya.[3]