Adam dan Hawa

Lukisan daripada Manafi al-Hayawan (The Useful Animals), menggambarkan Adam dan Hawa. Dari Maragheh di Iran, 1294–99

Adam dan Hawa, menurut mitos penciptaan [Note 1] dalam agama-agama Samawi[1][2] were the first man and woman. They are central to the belief that humanity is in essence a single family, with everyone descended from a single pair of original ancestors.[3] adalah lelaki dan wanita pertama. Mereka menjadi pusat kepercayaan bahawa umat manusia pada dasarnya adalah satu keluarga, dengan semua orang berasal daripada sepasang nenek moyang asal. Mereka juga menjadi asas kepada doktrin kejatuhan manusia dan dosa asal, yang merupakan kepercayaan penting dalam agama Kristian, walaupun tidak dianuti dalam agama Islam atau Yahudi.[4]

Menurut Islam, Adam diciptakan daripada tanah di dalam Al-Quran[5] dan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam menurut Hadis. Mereka di tempatkan di syurga dan hidup dengan gembira. Walau bagaimanapun, mereka dihantar ke dunia setelah memakan buah Khuldi yang dilarang oleh Allah SWT dan untuk mendiami bumi.

Dalam Kitab Kejadian dalam Alkitab Ibrani, bab satu hingga lima, terdapat dua naratif penciptaan dengan dua perspektif yang berbeza. Dalam naratif pertama, Adam dan Hawa tidak dinamakan. Sebaliknya, Tuhan menciptakan umat manusia menurut citra allah dan memerintahkan mereka untuk berkembang biak serta menjadi pemelihara atas segala ciptaan-Nya. Dalam naratif kedua, Tuhan membentuk Adam daripada debu dan menempatkannya di Taman Eden. Adam diberitahu bahawa dia boleh makan dengan bebas daripada semua pokok di taman itu, kecuali pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Kemudian, Hawa diciptakan daripada salah satu tulang rusuk Adam untuk menjadi temannya. Mereka tidak bersalah dan tidak malu tentang ketelanjangan mereka.

Namun, seekor ular meyakinkan Hawa untuk memakan buah dari pokok yang terlarang, dan dia memberikan sebahagian buah itu kepada Adam. Tindakan ini bukan sahaja memberi mereka pengetahuan tambahan, tetapi juga memberi mereka keupayaan untuk memahami konsep negatif dan merosakkan seperti rasa malu dan kejahatan. Tuhan kemudian mengutuk ular dan tanah. Tuhan secara nubuat memberitahu wanita dan lelaki itu tentang akibat dosa mereka kerana tidak mematuhi perintah-Nya. Kemudian, Dia mengusir mereka dari Taman Eden.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "Note", tetapi tiada tag <references group="Note"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Womack, Mari (2005). Symbols and Meaning: A Concise Introduction. Walnut Creek ... [et al.]: Altamira Press. m/s. 81. ISBN 978-0759103221. Dicapai pada 16 August 2013. Creation myths are symbolic stories describing how the universe and its inhabitants came to be. Creation myths develop through oral traditions and therefore typically have multiple versions.
  2. ^ Leeming, David (2010). Creation Myths of the World: Parts I-II. m/s. 303.
  3. ^ Azra, Azyumardi (2009). "Chapter 14. Trialogue of Abrahamic Faiths: Towards an Alliance of Civilizations". Dalam Ma'oz, Moshe (penyunting). The Meeting of Civilizations: Muslim, Christian, and Jewish. Eastbourne: Sussex Academic Press. m/s. 220–229. ISBN 978-1-845-19395-9.
  4. ^ Alfred J., Kolatch (1985). The Second Jewish Book of Why (ed. 2nd, revised). New York City: Jonathan David Publishers. m/s. 64. ISBN 978-0-824-60305-2. Excerpt in Judaism's Rejection Of Original Sin Diarkibkan 2016-12-05 di Wayback Machine.
  5. ^ https://www.surah.my/15#26

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne