Adnan al-Ghoul

Yahya Mahmoud Jaber Al Ghoul (Abu Bilal) (Dalam Bahasa Arab: يحيى محمود جابر الغول (أبو بلال) merupakan seorang ketua jurutera tentera Briged Izzuddin Al-Qassam dan pencipta bom tangan pertama Palestin, iaitu (Delima Hamas), dianggap sebagai bapa peluru berpandu tentera Briged Izzuddin Al-Qassam dan merupakan komander unit perindustrian tentera Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Gerakan Penentangan Islam (Hamas) sehingga pembunuhannya. Beliau membangunkan peluru berpandu Qassam, dan dia adalah orang kedua dikehendaki Israel selepas Muhammad Deif dan dia dapat memindahkan penentangan Palestine kepada sebuah lompatan kuantum dengan mengeluarkan senjatnya secara tempatan memandangkan yang dikenakan dan kekurangan senjata dan antara ciptaan paling menonjol ialah Al-Qassam, Al-Yassin dan Al-Battar. Beliau dibunuh pada 21 Oktober 2005 di Kota Gaza. Beliau dilahirkan di kem pelarian al Shati di Gaza pada tahun 1958 Masihi dan telah dibunuh pada tahun 2004 selepas keretanya menjadi sasaran tentera Israel. Tentera Briged Izzuddin Al-Qassam memberikan namanya kepada senapang penembak tepat (Al-Ghoul) yang muncul pada peperangan Asfil Maakul 2014.

Adnan Muhammad Al-Ghoul

Pencipta dan pembangun roket Briged Izzuddin Al-Qassam
عدنان محمد الغول
Kelahiran
Yahya Mahmoud Jaber al-Ghoul

24 Julai 1958
Meninggal dunia21 Oktober 2004
Sebab kematianSerangan Udara
WarganegaraPalestine
Nama lainAbu Bilal
PekerjaanAhli Politik dan Partisan
OrganisasiBriged Izzuddin Al-Qassam
PangkatBapa kepada Intifada al-Aqsa
Parti politikHamas

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne