Adnan Abu Hassan | |
---|---|
![]() Adnan di belakang pentas konsert Kilauan Emas. | |
Kelahiran | Adnan bin Abu Hassan 6 Januari 1959 |
Meninggal dunia | 18 Mac 2016 | (umur 57)
Sebab kematian | Serangan angin ahmar, buah pinggang dan beberapa komplikasi |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, Selangor |
Nama lain | Abang Dee |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Saudara | Azman Abu Hassan (adik) Azlan Abu Hassan (abang) Azlina Abu Hassan (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, Jazz |
Pekerjaan | Penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik |
Instrumen | Vokal, Gitar akustik |
Tahun aktif | 1980–2016 |
Syarikat rakaman | WEA Records Suria Records GP Records EMI Records Blackboard Indonesia Musica Studio's |
Pengkarya berkait | Azlina Aziz, Sheila Majid, Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff, Nora, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Akademi Fantasia |
Dato' Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau juga mempunyai tiga orang adik iaitu Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan Azlina (Nina) Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid dan "Janji Manismu" nyanyian Aishah. Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Jerat Percintaan" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.[2] ,"Bunga-bunga Cinta" (Misha Omar), "Camar Yang Pulang" (Aishah) dan "Di Persimpangan Dilema" ( Nora Ariffin)[3]
Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 18 Mac 2016.