Adnan Semp-It

Adnan Sempit
Risalah promosi
PengarahAhmad Idham
PenulisPanel MIG
Aranina Zulfra
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiRaja Mukhriz
Disunting olehAhmad Mustadha
Muzik olehBrian Ng
MIG Sound Factory
Tarikh tayangan
14 Januari 2010
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM1.50 juta[1]
Pecah panggungRM 7.66 Juta

Adnan Sempit (digayakan dalam poster sebagai Adnan Semp-It) ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia 2010 arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Samsudin ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.

Filem ini diibaratkan sebagai parodi filem Remp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filem V3 Samseng Jalanan ialah sekuel Remp-it). Filem ini diberi tajuk asal Rempit Nan Sempit tetapi ditukar tajuknya kerana berikutan arahan kerajaan terbaru pada pertengahan tahun 2009 yang tidak menggalakkan tema mat rempit dalam penerbitan filem dan televisyen terbaru Malaysia.[2]

Adnan Sempit menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan jumlah hasilnya pada takat RM7.66 juta[1] sepanjang tempoh tayangan awal di pawagam, mengatasi peneraju terdahulu Lagi-Lagi Senario yang mengutip RM6.33 juta[3], dan juga filem terbitan Metrowealth yang paling lumayan sebelum ini, Jangan Pandang Belakang, yang mengutip RM7.5 juta di dalam dan luar negara. Pada 13 hari pertamanya sahaja, filem ini berjaya meraih RM 5.5 juta jualan pawagam, sehingga membuatkan penerbitnya, David Teo untuk menyasarkan filem ini mencapai penontonan sejuta orang untuk mencecah kutipan RM8 juta.[4] Akan tetapi, rekod Adnan Sempit tidak kekal lama apabila sebuah lagi filem terbitan Metrowealth, Ngangkung, memecah rekod jumlah kutipan Adnan Sempit dengan mengumpul RM7.9 juta dalam masa 20 hari tayangan di pawagam.[5]

Kejayaan filem Adnan Sempit juga mencetuskan siri komedi televisyen, Adnan Sempit the Series yang disiarkan di Astro Warna pada pertengahan tahun 2010. Sekuel filem ini, Adnan Sempit 2 telah ditayangkan pada 23 Februari 2012, disusuli filem ketiga, Adnan Sempit 3 pada 8 Ogos 2013 serta filem keempat, Adnan Sempit Sawadikap pada 7 Ogos 2014.[6] sebuah filem spin off Wawa Semput ditayankan Pada 31 Januari 2013[7]

  1. ^ a b TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, Finas. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  2. ^ "Mat Rempit and drag queens OUT". AsiaOne. 19 Jul 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-22. Dicapai pada 18 Feb 2010.
  3. ^ Box-office bonanza for local flicks Diarkibkan 2010-12-02 di Wayback Machine, The Sun, 27 Mei 2010. Dicapai pada 29 Mei 2010.
  4. ^ Nur Safina Othman (29 Jan 2010). "Adnan Sempit: 1 million viewers?". Cinema Online. Dicapai pada 11 Mac 2010.
  5. ^ 'Ngangkung' leads in box-office takings, New Straits Times, 18 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  6. ^ http://www.gsc.com.my/Movie-Synopsis/Adnan-Sempit-Sawadikap
  7. ^ http://www.gsc.com.my/Movie-Synopsis/Wawa-Semput

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne