Adnan Sempit (siri filem)

Adnan Sempit
Logo siri filem Adnan Sempit
PengarahAhmad Idham (Adnan Semp-It)
Ismail Bob Hashim
Dihasilkan olehDavid Teo
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Masa tayangan
425 Minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 21.17 Juta

Adnan Sempit merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Adnan, seorang mat rempit di Kuala Lumpur.[Penjelasan diperlukan] Siri filem yang dihasilkan oleh Metrowealth Movies Production ini terdiri daripada filem Adnan Semp-It (2010), Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).[1] Kesemua filem dalam siri filem ini diterbitkan oleh David Teo. Hanya filem pertama yang diarahkan oleh Ahmad Idham manakala filem-filem berikutnya diarahkan oleh Ismail Bob Hashim.

Siri filem ini merupakan siri filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem Adnan Semp-It merupakan filem Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 7 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama sembilan bulan.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne