Allahyarham Leftenan ke-2 Adnan bin Saidi عدنان بن سيدي SM, DM, WM, Rekrut Terbaik (RMR) | |
---|---|
Kelahiran | 1915 Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 14 Februari 1942 Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) | (umur 26–27)
Kesetiaan | Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) |
Tahun perkhidmatan | 1935–1942 |
Pangkat | Leftenan Muda |
Unit | Platun ke-7, Kompeni C, Briged 1 Malaya |
Pertempuran | Pertempuran Pasir Panjang |
Anugerah | Rekrut terbaik di Rejimen Melayu (3 pingat British) |
Adnan bin Saidi (Jawi: عدنان بن سيدي; lahir 1915 – meninggal 14 Februari 1942)[1] atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam Pertempuran Singapura. Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur (MACV).[2][3]