Adverba

Adverba ialah perkataan atau ungkapan yang secara amnya mengubah suai kata kerja, kata adjektif, kata keterangan lain, kata penentu, klausa, preposisi atau ayat. Adverba biasanya menyatakan cara, tempat, masa, kekerapan, darjah, tahap kepastian, dsb., menjawab soalan seperti bagaimana, dengan cara apa, bila, di mana, sejauh mana Ini dipanggil sebagai "fungsi adverba" dan boleh dilakukan oleh perkataan tunggal (adverba) atau oleh frasa adverba berbilang kata dan klausa adverba.

Adverba secara tradisinya dianggap sebagai salah satu golongan kata. Ahli bahasa moden menyatakan bahawa istilah "adverba" telah digunakan sebagai sejenis kategori "tangkap semua", yakni digunakan untuk mengklasifikasikan perkataan dengan pelbagai jenis tingkah laku sintaksis, dan tidak semestinya mempunyai banyak persamaan kecuali ia tidak sesuai dengan mana-mana daripada kategori lain yang tersedia (kata nama, kata sifat, kata sendi nama, dsb.)[1]

  1. ^ For example: Thomas Edward Payne, Describing Morphosyntax: A Guide for Field Linguists, CUP 1997, p. 69.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne