Aedy Ashraf | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi 20 September 1993 |
Nama lain | Addy Ashraf |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
Tahun aktif | 2003–kini |
Ibu bapa | Liza Zain (ibu) |
Mohammad Addy Ashraf bin Rosmadi (Jawi: محمد ادي اشرف روسمادي; lahir 20 September 1993) atau lebih dikenali sebagai Aedy Ashraf ialah seorang pelakon dan pengacara lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan di usia 10 tahun pada 2003 menerusi filem Jutawan Fakir dan sejak itu, beliau membintangi puluhan drama dan telefilem. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sebagai pelakon kanak-kanak, beliau paling dikenali sebagai Faiz dalam Waktu Rehat, Muhammad dalam Qalesya, Shafiq dalam Oh My English!, Mukhriz dalam Cinta Tiada Ganti, Tongki dalam Budak Tebing dan Aizat dalam Projek: Anchor SPM. Aedy mewarisi bakat lakonan daripada ibunya, seorang dramatis popular sejak era 90-an iaitu Liza Zain.[1]