Agama Rakyat Cina (中国传统民间宗教) ialah agama turun temurun bangsa Cina. Ia sebenarnya adalah satu budaya tradisional yang dituruni dari satu generasi ke satu generasi secara lisan. Lebih-lebih lagi agama ini tidak mempunyai kitab agama dan tidak pula mempunyai institusi yang memeliharanya. Oleh itu ajaran agama ini adalah tidak jelas, dan berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi secara umumnya agama ini mendukung konsep yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas buruk.
Secara umumnya, Agama rakyat China melibatkan 3 bentuk penyembahan iaitu:
Dewa-dewi yang disembah dalam agama ini adalah sangat banyak. Selain dari dewa-dewi, mereka juga menyembah watak dalam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Dipercayai pemujaan kepada dewa-dewi dapat menjamin “keselamatan kehidupan sehari-harian“(保平安).