Agus Dermawan Wintarto Martowardojo (lahir 24 Jan 1956 di Amsterdam, Belanda) adalah CEO Bank Mandiri, bank terbesar di Indonesia. Pada Mei 2010, beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan Indonesia, menggantikan Sri Mulyani Indrawati, Sri Mulyani Indrawati dilantik menjadi Pengarah Urusan Bank Dunia di Washington, Amerika Syarikat mulai 1 Jun 2010. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono melantik beliau atas faktor ekonomi makro Indonesia perlu dibereskan selepas ekonomi mikro. Pada tahun 2013 dia menjadi Gabenor Bank Indonesia, dan jawatan Menteri Kewangan Indonesia diberikan pada Muhammad Chatib Basri.