Yang Berbahagia Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah SHMS, SSDK, DHMS, DSDK, KMN, SDK, AMK (Kedah); PPN (Malaysia); BKM, PJK, JP (Kedah) | |
---|---|
![]() | |
Menteri Besar Kedah ke-12 | |
Dalam jawatan 4 Februari 2016 – 10 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Sallehuddin Badlishah (2017-kini) Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2016-2017) |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Digantikan oleh | Mukhriz Mahathir |
Ahli Dewan Negara | |
Dalam jawatan 15 Mei 2013 – 4 Februari 2016 | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Suka Menanti | |
Dalam jawatan 2004 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Konstituensi ditubuhkan |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Alor Merah | |
Dalam jawatan 1995–2004 | |
Didahului oleh | Azizan Taib |
Digantikan oleh | Perlembagaan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 10 Oktober 1950
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Diraja Hizam Awang Ahmad |
Anak | Azira Hafiza |
Tempat belajar | Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam UM |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah (lahir 10 Oktober 1950) ialah ahli politik UMNO/Barisan Nasional dari negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bakar Bata dan bekas Menteri Besar Kedah yang ke-12.
Beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid, dan dibantu Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalan. Ahmad Bashah juga diberi kepercayaan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah bagi menghadapi PRU13.[1] Beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar.
Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah setelah pendahulunya Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan pada 4 Februari 2016.