Ahmad Durrah | |
---|---|
Genre | Drama Agama |
Ditulis oleh | Mahizan Hussein |
Pengarah | Raja Ahmad Alauddin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Hanyut" oleh Faizal Tahir |
Lagu penutup | "Hanyut" oleh Faizal Tahir |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adila Ramly |
Penerbit | Zaiton Mohd Jiwa |
Penyunting | Izyan Liyana Ghazali |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 24 September 2010 – 17 Disember 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Janji Kekasih |
Diikuti oleh | Ustaz Amirul |
Ahmad Durrah merupakan siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Raja Ahmad Alauddin yang bersiaran di TV3 dibintangi oleh Rusdi Ramli, Nabila Huda, Eja, Nelydia Senrose, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafidzuddin Fazil. Drama ini menyaksikan kemunculan semula Rusdi dalam bidang lakonan.[1] Ia mengisahkan tentang suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Ia memulakan tayangan perdana di Slot Zehra TV3 pada 24 September 2010 hingga 17 Disember 2010 menggantikan Janji Kekasih.[2]