Ahmed Yassin | |
---|---|
أحمد ياسين | |
Kelahiran | June 1936 |
Meninggal dunia | 22 Mac 2004 | (umur 67)
Sebab kematian | Pembunuhan |
Warganegara | Palestin |
Pusat pendidikan | Universiti Al-Azhar, di Kaherah Mesir |
Pekerjaan |
|
Organisasi | ![]() |
Syeikh Ahmed Ismail Hassan Yassin (Arab: الشيخ أحمد إسماعيل حسن ياسين ; 22 Jun 1937 – 22 Mac 2004)[2] adalah pengasas pertubuhan Palestin Hamas. Dilahirkan di desa Al-Jura, tepi Al-Mijdal, selatan semenanjung Gaza (sekarang dekat Ashqelon di Negara Haram Israel). Ketika masih kanak-kanak, beliau dan keluarganya telah dipaksa menjadi pelarian akibat oleh perperangan dengan Israel pada tahun 1948 atau pun namanya perang nakbah.
Syeikh Ahmed Yassin telah mendirikan parti politik dan ketenteraan Hamas (Harakat al- Muqawwamah al-Islamiyah) dengan Abdul Aziz al Rantisi dan Khaled Meshal pada tahun 1987. Syeikh Ahmed Yassin adalah seorang yang hampir buta dan juga seorang kuadriplegia akibat kemalangan sukan pada masa mudanya sehingga beliau perlu menggunakan kerusi roda sepanjang sisa hidupnya.[3]Beliau merupakan pejuang Intifadah, mujahid dakwah yang berjuang menegakkan Islam dan penghulu pejuang kemerdekaan Palestine.