Infobox airline: Menggunakan lebih daripada satu parameter berikut: logo
, image
Menggunakan lebih daripada satu parameter berikut: logo_size
, image_size
Air France (Sebutan bahasa Perancis: [ɛːʁ fʁɑ̃s]; secara rasmi Société Air France, S.A.), distailkan sebagai AIRFRANCE, adalah syarikat penerbangan kebangsaan Perancis dengan ibu pejabat terletak di Tremblay-en-France. Ia merupakan subsidiari Kumpulan Air France–KLM dan ahli pengasas kepada perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Seperti pada 2013 Air France terbang ke 36 destinasi di Perancis dan operasi berjadual penumpang dan perkhidmatan kargo ke 168 destinasi di 78 buah negara dan membawa 46,803,000 penumpang pada 2015. Hab globalnya terletak di Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle dan Lapangan Terbang Orly sebagai hab domestik utama. Air France mempunyai ibu pejabat korporat, dahulunya di Montparnasse, Paris,[4] adalah terletak di perkarangan Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle, utara Paris.[5]