Ajax

Untuk kegunaan lainnya, sila lihat Ajax (nyahkekaburan).

Ajax, iaitu singkatan bagi Asynchronous JavaScript and XML (bermaksud JavaScript dan XML mampan), ialah sebuah teknik pembangunan web bagi mencipta satu aksiantara pada aplikasi web. Tujuannya adalah menjadikan halaman web tampak lebih hidup dengan pertukaran bilangan maklumat kecil dengan komputer pelayan di belakang tabir, oleh itu keseluruhan halaman web tidak perlu dimuat semula setiap kali pengguna melakukan perubahan. Hasilnya menunjukkan peningkatan halaman web tersebut dari segi kepantasan aksiantara, kelajuan, dan kepenggunaan.

Teknik Ajax menggunakan gabungan teknologi-teknologi berikut:

  • XHTML (atau HTML) dan CSS, untuk maklumat markap dan penggayaan.
  • DOM dicapai dengan bahasa skrip sebelah-pelanggan, terutamanya pada perlaksanaan ECMAScript seperti JavaScript dan JScript, bagi memaparkan dan aksiantara maklumat yang dipersembahkan secara dinamik.
  • Objek XMLHttpRequest digunakan untuk pertukaran data secara mampan dengan pelayan web.
  • Kadang-kala XML juga digunakan sebagai format fail bagi memindah data di antara pelayan dan pelanggan, walau bagaimanapun mana-mana format boleh digunakan, termasuk HTML, teks biasa, JSON dan juga EBML. Fail-fail ini dicipta secara dinamik menggunakan skrip sebelah-pelayan.

Seperti DHTML, LAMP dan SPA, Ajax bukanlah salah satu teknologi baru, akan tetapi merupakan istilah yang merujuk kepada penggunaan beberapa teknologi secara serentak.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne