Akademi Fantasia 5 adalah suatu rancangan realiti televisyen yang diadakan pada tahun 2007. Ujibakat diadakan di 5 buah bandar utama di seluruh Malaysia dan juri-juri memilih 16 daripada mereka yang paling terserlah dan sesuai untuk diambil sebagai calon pelajar Akademi Fantasia. Berbeza dengan tahun-tahun sudah, kali ini Akademi Fantasia diadakan pada bulan Mac hingga Mei berbanding Mei hingga Ogos kerana pihak penerbit tidak mahu rancangan ini bertembung dengan persediaan rakyat Malaysia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50.
Akademi Fantasia | |
---|---|
Musim 5 | |
Dihoskan oleh | Aznil Nawawi |
Juri | Hattan Ogy Ahmad Daud Fauziah Latiff |
Bil. peserta | 16 |
Juara | Mila Jirin |
Naib juara | Ebi Kornelis |
Lagu kemenangan | "Persis Mutiara" |
Bil. episod | 10 |
Keluaran | |
Rangkaian | Astro Ria |
Tarikh siaran | 17 Mac – 19 Mei 2007 |
Maklumat tambahan | |
Laman web | [1] |
Kronologi musim |
Namun, musim kelima ini juga merupakan musim yang terakhir diacarakan oleh Aznil Nawawi sebelum beliau mengundurkan diri dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengacarakan Akademi Fantasia.