Akihito

Akihito
Akihito pada April 2014
Maharaja Jepun
Pemerintahan7 Januari 1989 – 30 April 2019
Kemahkotaan12 November 1990
Diikuti olehPutera Mahkota Naruhito
Keputeraan (1933-12-23) 23 Disember 1933 (umur 91)
Istana Maharaja Tokyo, Bandar Tokyo, Wilayah Tokyo, Jepun
PasanganMaharani Michiko
AnakandaPutera Mahkota Naruhito
Puteri Akishino
Puteri Nori
Nama penuh
Akihito (明仁)
KerabatKerabat diraja Jepun
AyahandaShōwa
BondaKōjun
AgamaShinto
TandatanganTandatangan Akihito


Akihito (明仁, Japanese: [akiçito]; diputerakan 23 Disember 1933) bertakhta sebagai Maharaja Jepun ke-125 (menurut perturunan takhta diraja baginda) dari 7 Januari 1989 sehingga baginda turun takhta pada 30 April 2019; zaman pemerintahan baginda digelar zaman Heisei. Baginda naik takhta kerajaan Jepun susulan kemangkatan paduka ayahanda baginda, Maharaja Hirohito. Baginda menyerahkan takhta baginda pada 1 Mei 2019 kepada paduka putera sulung baginda, Naruhito kerana usianya yang lanjut dan kegeringan.[1]

Kini, baginda mendapat gelaran khas dikurniakan kerajaan baginda iaitu "Atimaharaja" ( 上皇 jōkō[2]).

  1. ^ Enjoji, Kaori (1 December 2017). "Japan Emperor Akihito to abdicate on April 30, 2019". CNN. Tokyo. Dicapai pada 1 December 2017.
  2. ^ "天皇の退位等に関する皇室典範特例法(平成二十九年法律第六十三号)". E-Gov. Dicapai pada 2025-01-22. 第三条: 前条の規定により退位した天皇は、上皇とする。

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne