Aksara Arab

Aksara Arab
Jenis tulisan
Alfabet dalam beberapa penyesuaian
Tempoh masa
400–kini
Arah tulisanRight-to-left Sunting ini di Wikidata
Tulisan rasmi

Co-official script in:

Bahasa-bahasaPelbagai
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan turunan
N'Ko
Hanifi Rohingya
ISO 15924
ISO 15924Arab (), ​Templat:ISO 15924 name
Unikod
Alias Unikod
Arabic
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik daripada Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.
Paparan amaran: Laman menggunakan Template:Infobox sistem penulisan dengan parameter tidak diketahui "typecolor"

Aksara Arab ialah sejenis sistem tulisan yang digunakan untuk menulis bahasa Arab dan pelbagai bahasa lain. Ia merupakan aksara kedua paling banyak digunakan di dunia mengikut bilangan negara yang menggunakannya, dan yang ketiga paling banyak mengikut bilangan pengguna (selepas aksara Rumi dan aksara Cina).[1]

Aksara tersebut mula-mula digunakan untuk menulis dalam bahasa Arab, terutamanya Al-Quran, iaitu kitab suci Islam. Dengan penyebaran agama tersebut, ia mula digunakan sebagai aksara utama untuk pelbagai bahasa, yang membawa kepada penciptaan huruf baharu dan lambang-lambang lain. Bahasa yang masih menggunakannya ialah: bahasa Parsi, bahasa Melayu, bahasa Uyghur, bahasa Kurdi, bahasa Punjab, bahasa Sindh, bahasa Balti, bahasa Baloci, Pashto, bahasa Luri, bahasa Urdu, bahasa Kasymir, bahasa Rohingya, bahasa Somali, bahasa Mandinka, dan lain-lain.[2] Sehingga abad ke-16, ia juga digunakan untuk beberapa penulisan bahasa Sepanyol, dan sebelum pembaharuan bahasa pada tahun 1928, ia merupakan sistem tulisan bahasa Turki.[3]

Aksara Arab ditulis dari kanan ke kiri dalam gaya kursif, di mana kebanyakan hurufnya ditulis dalam bentuk yang berbeza mengikut samada ia berdiri sendiri atau dicantumkan dengan huruf selepasnya atau sebelumnya. Walau bagaimanapun, bentuk huruf asasnya kekal tidak berubah. Aksara Arab tidak mempunyai huruf besar.[4] Dalam kebanyakan keadaan, huruf-hurufnya mewakili konsonan, atau konsonan dan beberapa vokal. Jadi, kebanyakan abjad sesuatu bahasa yang menggunakan aksara Arab adalah bersifat abjad, dan beberapa bahasa bahasa menggunakannya dalam bentuk alfabet. Aksara Arab juga merupakan asas kepada tradisi seni khat Arab.  

Penggunaan aksara Arab di seluruh dunia
Arabic alphabet world distribution
Pengedaran dunia abjad Arab
Negara yang menggunakan aksara Arab:
 →  adalah satu-satunya aksara rasmi
 →  adalah rasmi bersama aksara lain
 →  adalah rasmi di peringkat sub-nasional (China, India, Israel) atau merupakan aksara alternatif yang diiktiraf (Malaysia, Tajikistan)
  1. ^ "Arabic Alphabet". Encyclopædia Britannica online. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2015. Dicapai pada 2015-05-16.
  2. ^ Mahinnaz Mirdehghan. 2010. Persian, Urdu, and Pashto: A comparative orthographic analysis. Writing Systems Research Vol. 2, No. 1, 9–23.
  3. ^ "Exposición Virtual. Biblioteca Nacional de España". Bne.es. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-18. Dicapai pada 2012-04-06.
  4. ^ Ahmad, Syed Barakat. (11 January 2013). Introduction to Qur'anic script. ISBN 978-1-136-11138-9. OCLC 1124340016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne