Al-Qa'qa' bin Amru al-Tamimi | |
---|---|
Kesetiaan | Khulafa al-Rasyidin |
Perkhidmatan | Angkatan Rasyidin |
Pangkat | Panglima perang |
Unit | Pengawal Bergerak |
Arahan | Panglima perang Ahli Al-Qadisiyah Panglima Pengawal Bergerak |
Al-Qa'qa' bin Amru bin Malik al-Tamimi (Arab: القعقاع بن عمرو بن مالك التميمي ) berasal daripada Bani Tamim. Beliau dan suku kaum beliau memeluk Islam dalam zaman Ahnaf bin Qais. Beliau dikenali sebagai seorang panglima perang yang terlibat dalam dua pertempuran berjaya pada awal zaman penyebaran Islam, iaitu Pertempuran Yarmuk menentang Empayar Byzantine (diketuai oleh Khalid bin Walid) dan Perang Al-Qadisiyah menentang Empayar Sasan diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas. Menurut laporan, Khalifah Abu Bakar pernah memujinya dengan membandingkan beliau seperkasa sebelas ribu orang lelaki, lalu pada zaman Khalifah Umar, beliau dihantarkan berseorangan bersama seberapa pengawal untuk membantu perang di Al-Qadisiyah,[1] menjadikan beliau seorang tokoh pertempuran ternama di zaman tersebut.