![]() | |||
Nama penuh | Al Hilal Saudi Club | ||
---|---|---|---|
Gelaran | Al-Za'eem (Ketua) Ombak Biru | ||
Diasaskan | 16 Oktober 1957 | (sebagai Kelab Olimpik)||
Stadium | Stadium Antarabangsa Raja Fahd (Kapasiti: 68,752) | ||
Pemilik | Dana Pelaburan Awam (75%) Yayasan Bukan Untung Al Hilal (25%)[1] | ||
Presiden | Fahad bin Nafel | ||
Ketua jurulatih | Jorge Jesus | ||
Liga | Liga Profesional Saudi | ||
2023–24 | Liga Profesional, Juara | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
![]() |
Al Hilal Saudi Club (Arab: نادي الهلال السعودي ), biasanya Al Hilal, ialah sebuah kelab pelbagai sukan di Riyadh, Arab Saudi. Kelab bola sepak mereka bertanding dalam Liga Profesional Saudi. Mereka merupakan kelab bola sepak dengan gelaran terbanyak di Asia dengan. Mereka juga memegang rekod gelaran piala benua terbanyak di Asia, serta rekod 18 Liga Profesional.
Ditubuhkan pada 16 Oktober 1957, Al Hilal adalah salah satu daripada tiga pasukan yang telah mengambil bahagian dalam semua musim Liga Profesional Saudi sejak penubuhannya pada 1976.
Secara keseluruhan, Al Hilal telah memenangi 66 gelaran rasmi. Dalam pertandingan domestik, mereka telah memenangi rekod 18 gelaran Liga Profesional, 13 gelaran Piala Putera Mahkota, tujuh gelaran Piala Persekutuan Saudi, 10 gelaran Piala Raja, tiga gelaran Piala Super, serta Piala Pengasas Saudi.
Di peringkat antarabangsa, Al Hilal telah memenangi rekod lapan trofi Konfederasi Bola Sepak Asia — Liga Juara-Juara AFC pada 1991, 2000, 2019 dan 2021, Piala Pemenang Piala Asia pada 1997 dan 2002, dan Piala Super Asia pada 1997, 2000. Pada September 2009, Al Hilal telah dianugerahkan Kelab Asia Terbaik Abad ke-20 oleh IFFHS.[2]