Album Terbaik Anugerah Industri Muzik

Album Terbaik atau digelar juga sebagai Album Sepanjang Tahun ialah salah satu kategori utama diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana sebuah piala berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada pasukan produksi rakaman album terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penerbit dan artis rakaman secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne