Album mini (AM) atau LP mini adalah suatu album rakaman vinil pendek atau rakaman LP, yang biasanya dijual pada harga yang lebih rendah dan mempunyai bilangan runut yang lebih sedikit berbanding album rakaman yang biasa.[1] AM hendaklah tidak dikelirukan dengan cakera padat bahasa Jepun yang dikeluarkan dalam bentuk "sarung LP mini" atau "jaket kertas". Kebiasaannya, album mini dianggap serupa dengan extended play (EP).[2][3]
Di Korea Selatan, suatu album mini (Korea: 미니앨범) merupakan sejenis pelancaran muzik yang terdiri daripada 4 atau 5 hingga 7 buah runut,[4] di mana ia lebih pendek daripada album studio tetapi lebih panjang daripada album single.[5] Sesetengah pengedar muzik mungkin mengelaskan album-album mini dengan 7 atau lebih banyak lagu sebagai suatu album.