YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi (lahir 16 Jun 1958) merupakan ahli politik Malaysia dari Parlimen Kapit, negeri Sarawak dan kini beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya selepas Kerajaan Perpaduan mempunyai mejoriti didalam Parlimen. Beliau mengangkat sumpah dihadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 03 Disember 2022.[2] Beliau adalah dari parti Gabungan Parti Sarawak dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan kini bersama dengan komponen parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Beliau juga adalah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sehingga Mei 2018.
Beliau adalah cucu kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu pertama iaitu Jugah anak Barieng dan anak bekas ahli politik Leonard Linggi.[3] Beliau juga merupakan ahli perniagaan, setelah berkhidmat sebagai Pengerusi syarikat perkapalan Swee Joo Bhd.[4]
Alexander menerima anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) pada tahun 2010, yang membolehkan beliau menggunakan gelaran kehormat 'Datuk'.[5] Pada 16 Mei 2013, selepas kemenangannya dalam pilihan raya 2013, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di bawah kabinet baru Perdana Menteri Najib Razak.[6]