Alia Bhatt | |
---|---|
Kelahiran | |
Kerakyatan | British[1] |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1999, 2012–kini |
Ibu bapa | Mahesh Bhatt (bapa) Soni Razdan (ibu) |
Tandatangan | |
Alia Bhatt (lahir 15 Mac 1992) ialah seorang pelakon dan penyanyi India yang berkerakyatan United Kingdom yang bekerja di Bollywood. Dilahirkan kepada keluarga Bhatt, beliau ialah anak perempuan Mahesh Bhatt dan pelakon Soni Razdan. Selepas membuat penampilan pertama sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem 1999 Sangharsh, Bhatt menjayakan peranan utama pertama dalam filem drama romantik Karan Johar Student of the Year (2012), yang melayakkan beliau menerima pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik.