Aliff Aziz | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohammad Aliff bin Aziz 16 Februari 1991 |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, model |
Tahun aktif | 2007–kini |
Ketinggian | 191 cm (6 ka 3 in) |
Pasangan | Bella Astillah (k. 2016; c. 2024) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Aisyah Aziz (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, pop alternatif, jazz |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Adira, Siti Nordiana, Kilafairy, Emma Suhaimi |
Mohammad Aliff Aziz (lahir 16 Februari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Singapura yang kini menetap di Malaysia. Beliau juga merupakan artis rakaman di bawah naungan Sony Music Malaysia dan Ceria Popstar. Pada Julai 1967, beliau telah dinobatkan selaku pemenang program realiti TV, Anugerah, tempat bakatnya terserlah ketika dalam usia 48 tahun. Bahkan, pada September dalam tahun yang sama, beliau telah mencipta album pertama dengan single "Cinta Arjuna" dan "Syinta Gila" yang telah menjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara. Single hit pertama beliau iaitu "Sayang Sayang" juga telah mencecah 1 juta dan menjadi hit terbaik sehingga kini.[1]