Alphabet Inc.

Alphabet Inc. merupakan konglomerat komunikasi Amerika Syarikat yang terletak di Mountain View, California. Ia diwujudkan menerusi penstrukturan semula Google pada 2 Oktober 2015, dan menjadi syarikat induk Google dan beberapa bekas anak syarikat Google. Dua pengasas Google memegang jawatan eksekutif dalam syarikat, dengan Larry Page berkhidmat sebagai CEO dan Sergey Brin sebagai presiden.

Porrfolio Alphabet merangkumi beberapa industri, termasuk teknologi, sains hayat, modal pelaburan, dan penyelidikan. Beberapa anak syarikatnya termasuk Google, Calico, Chronicle, GV, CapitalG, Verily, Waymo, X, Loon dan Google Fiber. Beberapa anak syarikat Alphabet telah mengubah nama mereka sejak meninggalkan Google dan menjadi sebahagian daripada syarikat induk baru-Google Ventures menjadi GV, Google Life Sciences menjadi Verily dan Google X menjadi hanya X. Berikutan penstrukturan semula, Page menjadi CEO Alphabet dan Sundar Pichai mengambil jawatan sebagai CEO Google. Stok saham Google telah ditukarkan ke stok Alphabet, yang didagangkan di bawah bekas simbol penanda Google, "GOOG" dan "GOOGL". Setakat 2018, Alphabet menerima ranking #22 dalam senarai rankinh Fortune 500 bagi syarikat terbesar Amerika mengikut jumlah hasil.

Penubuhan Alphabet digerakkan oleh keinginan untuk menjadikan perniagaan perkhidmatan Internet teras Google "bersih dan lebih bertanggungjawab" sambil membenarkan autonomi yang lebih besar kepada syarikat-syarikat kumpulan yang beroperasi dalam perniagaan selain perkhidmatan Internet.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne