Amar Baharin

Amar Baharin
Amar di majlis hari lahir Amyra Rosli pada 24 Ogos 2016.
Kelahiran
Amar bin Mohd Baharin

(1985-07-01) 1 Julai 1985 (umur 39)
PendidikanKejuruteraan Elektrik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif
  • 2002–2004
  • 2008–kini
Ketinggian1.71 m (5 ka 7 in)
PasanganAmyra Rosli (k. 2016)
Anak-anak2

Amar bin Mohd Baharin (Jawi: امار بن محمد بحرن; lahir 1 Julai 1985) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia.[1] Beliau memulakan kerjaya seninya sebagai model sambilan dan menyertai program pencarian bakat Anak Wayang pada April 2009.[2] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tajul Razin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.[3] Antara drama terkenal beliau ialah Janji Kekasih, Khurafat The Series, Cik Bunga Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja, Kalis Kasih Cemburu Seorang Perempuan [4][5] dan Hati Yang Dikhianati. Sepanjang kerjaya lakonannya, Amar dikenali dengan melakonkan watak lelaki romantis dan suami orang dalam kebanyakan drama lakonan beliau meskipun tidak memenangi sebarang anugerah untuk hasil kerja lakonannya.[6]

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Mac 2016). Amar tidak terkilan Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
  2. ^ Senarai Nama 25 Peserta Anak Wayang Astro Sensasi Selebriti (29 Mei 2009). Dicapai pada 24 Ogos 2015.
  3. ^ Ardini Sophia Sina (10 April 2016). Seni lakon, suara serentak Harian Metro. Dicapai pada 5 Disember 2016.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Disember 2018). Amar Baharin hadapi risiko Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2019.
  5. ^ Fatin Farhana Ariffin (24 Jun 2018). Amar Baharin tak mahu sekadar asal boleh Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  6. ^ Nor Eryani Yusup (1 November 2021). Ada prinsip, Amar Baharin tak pegang pendapat netizen Kosmo!. Dicapai pada 8 Mac 2022.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne