American Hustle

American Hustle
PengarahDavid O. Russell
PenulisEric Warren Singer
David O. Russell
Dihasilkan olehCharles Roven
Richard Suckle
Megan Ellison
Jonathan Gordon
DibintangiChristian Bale
Bradley Cooper
Amy Adams
Jeremy Renner
Jennifer Lawrence
SinematografiLinus Sandgren
Disunting olehJay Cassidy
Crispin Struthers
Alan Baumgarten
Muzik olehDanny Elfman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 12 Disember 2013 (2013-12-12) (Australia)
  • 13 Disember 2013 (2013-12-13) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
138 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$40 juta
Pecah panggung$251.1 juta

American Hustle ialah filem komedi gelap jenayah Amerika Syarikat 2013[2] diarahkan oleh David O. Russell. Ia ditulis oleh Eric Warren Singer dan Russell, inspirasi dari operasi FBI, ABSCAM pada lewat tahun 1970an dan awal 1980an.[3] Ia dibintangi Christian Bale dan Amy Adams sebagai dua orang pekerja skim penipuan yang dipaksa oleh ejen FBI, (Bradley Cooper) untuk menubuhkan operasi sengatan ke atas ahli politik yang menerima rasuah termasuk Datuk Bandar Camden, New Jersey (Jeremy Renner). Jennifer Lawrence melakonkan watak isteri karakter Bale. Fotografi utama American Hustle bermula pada Mac 8, 2013 di Boston dan Worcester, Massachusetts serta Bandar Raya New York.

Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember 13, 2013[4] dan secara universal dipuji oleh pengkritik terutamanya untuk barisan pelakon. Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

  1. ^ "American Hustle (2013)". British Board of Film Classification. Dicapai pada March 9, 2014.
  2. ^ Peter Bradshaw. "Golden Globes 2014: Don't Be Duped by American Hustle". The Guardian.
  3. ^ Sherman, Ted (November 25, 2013). "Jersey Hustle: The real-life story of Abscam". The Star-Ledger. Dicapai pada 3 December 2013.
  4. ^ Caroline Westbrook. "Jennifer Lawrence begins work on untitled Abscam project with Bradley Cooper". Metro.co.uk. March 22, 2013. Dicapai pada March 22, 2013.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne