Amir Yussof

Amir Yussof
Kelahiran1967 (umur 57–58)
New Delhi, India
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, akustik, folk
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif1987–kini
Syarikat rakaman
SCAT, Ragtime
Pengkarya berkait
Afdlin Shauki, Zainalabidin, Zubir Ali, Azman Warren, Sheila Majid
Laman sesawang
www.amiryussof.com

Amir Yussof (lahir 1967) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan penyampai suara latar Malaysia.[1][2] Dilahirkan di New Delhi, India dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Amir memulakan kerjaya muzik solo dengan bergiat aktif menyanyi di beberapa kelab malam selepas berhenti belajar di universiti.[2] Bakatnya dicungkil oleh Roslan Aziz menerusi pertandingan Top of the Pubs di mana Roslan ialah juri ketika itu, Amir dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua.[2]

Menerusi label Roslan Aziz Productions (RAP), Amir muncul bersama album kompilasi Ikhlas (1991) yang turut menampilkan Afdlin Shauki, Zainalabidin dan Sheila Majid. Dalam album itu, beliau menyumbangkan lagu bertajuk "Island". Album solo pertamanya, Some of This is Real dikeluarkan pada 1995,[3] melayakkan Amir memenangi Album Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-3 pada 1996. Beliau kemudiannya merakamkan dua lagi album yang turut menerima pencalonan AIM—Altered Native (1998) dan Aquarius (2002). Selain itu, beliau pernah menyumbangkan suaranya untuk watak Tarzan untuk filem animasi Disney 1999, Tarzan versi bahasa Melayu.[4][5]

  1. ^ "Honest tunes from Amir" [Alunan jujur daripada Amir] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 19 Februari 2011. Dicapai pada 21 November 2014.
  2. ^ a b c Steven Patrick (13 September 2014). "Mystic guitar man Amir Yussof talks about his latest projects" [Lelaki gitar mistik Amir Yussof berbicara mengenai projek terkini beliau] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 21 November 2014.
  3. ^ "Album Amir Yussof dapat sambutan". Berita Harian. 4 Februari 1996. Dicapai pada 21 November 2014.
  4. ^ Wan Sabariah Shikh Ali (1 Februari 1999). "Amir jual diri di Internet". Berita Harian. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  5. ^ Saharudin Musthafa; Norzaila Rosli (26 Ogos 2001). "Kejujuran paling utama bagi Amir Yussof". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne