Amniot

Amniotes
Julat zaman: Karbon Akhir–Kini[1]
(Dengan kemungkinan rekod tempoh Mississippi)
Dari atas ke bawah dan kiri ke kanan, contoh amniot termasuklah: Edaphosaurus, rubah merah (dua spesies sinapsid), ular tedung selar dan burung tempua kerbau kepala putih (two sauropsid).
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Superkelas: Tetrapoda
Klad: Reptiliomorpha
Klad: Amniota
Haeckel, 1866
Klad

Amniot merupakan kelompok haiwan bertulang belakang atau bersaraf tunjang yang menghasilkan telur yang dilengkapi dengan amnios, iaitu satu adaptasi untuk bertelur di atas darat dan bukan dalam air (seperti anamniot), termasuklah sinapsid (mamalia) dan sauropsid (reptilia dan burung) dan juga leluhur purbanya. Embrio amniot, baik yang dikeluarkan dalam telur atau dikandung oleh induk, dilindungi dan dibantu oleh beberapa membran yang menyeluruh. Bagi mamalia euteria (seperti manusia), membran-membran ini termasuklah pundi amnion yang meliputi janin. Membran-membran ini serta tiadanya tahap larva membezakan amniot daripada amfibia.[4]

Amniot-amniot terawal (iaitu "amniot asas") seperti Casineria menyerupai cicak yang telah berevolusi dari amfibia reptiliomorfa sekitar 340 juta tahun dahulu pada kala geologi Karboniferus. Telurnya boleh hidup di luar air, membolehkan amniot untuk menjangkau ke persekitaran yang lebih kering. Telur itu juga boleh "bernafas" dan menampung sisa, membolehkan telur dan amniot itu sendiri untuk berevolusi menjadi bentuk lebih besar.

Telur amniot melambangkan satu perpecahan yang penting dalam kalangan vertebrat, yang mana makhluk berkenaan boleh membiak di atas tanah kering dan tidak memerlukan lagi air untuk pembiakan seperti yang diperlukan oleh amfibia. Mulai saat ini, amniot tertabur ke merata dunia, lama-kelamaan menjadi vertebrata daratan yang dominan.

  1. ^ Marjanović, D. (2021). "The Making of Calibration Sausage Exemplified by Recalibrating the Transcriptomic Timetree of Jawed Vertebrates". Frontiers in Genetics. 12. 521693. doi:10.3389/fgene.2021.521693. PMC 8149952. PMID 34054911.
  2. ^ Paton, R. L.; Smithson, T. R.; Clack, J. A. (8 April 1999). "An amniote-like skeleton from the Early Carboniferous of Scotland". Nature (dalam bahasa Inggeris). 398 (6727): 508–513. Bibcode:1999Natur.398..508P. doi:10.1038/19071. ISSN 0028-0836. S2CID 204992355.
  3. ^ Irmis, R. B.; Parker, W. G. (2005). "Unusual tetrapod teeth from the Upper Triassic Chinle Formation, Arizona, USA". Canadian Journal of Earth Sciences. 42 (7): 1339–1345. Bibcode:2005CaJES..42.1339I. doi:10.1139/e05-031. S2CID 46418796.
  4. ^ Benton, Michael J. (1997). Vertebrate Palaeontology. London: Chapman & Hall. m/s. 105–109. ISBN 0-412-73810-4.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne