Amy Adams | |
---|---|
Kelahiran | Amy Lou Adams 20 Ogos 1974 |
Warganegara | Amerika Syarikat |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1995–sekarang |
Pasangan | Darren Le Gallo (k. 2015) |
Anak-anak | 1 |
Amy Lou Adams (lahir Ogos 20, 1974)[1] ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Adams memulakan kariernya dalam pementasan dan kemudiannya membuat penampilan filem pertamanya dalam Drop Dead Gorgeous. Selepas berpindah ke Los Angeles dan membuat penampilan tetamu dalam siri televisyen serta peranan dalam filem B, Adams muncul sebagai Brenda Strong dalam Catch Me If You Can. Beliau mempunyai peranan di dalam filem tahun 2005, Junebug dimana beliau mendapat pujian kritis dan pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik. Pada tahun 2007, Adams membintangi filem muzikal animasi Disney, Enchanted. Beliau menerima pencalonan kedua Anugerah Akademi dan pencalonan pertama Anugerah BAFTA untuk peranannya dalam filem tahun 2008, Doubt.
Adams menerima dua lagi pencalonan Golden Globe, BAFTA dan Anugerah Akademi untuk peranannya di dalam filem tahun 2010, The Fighter dan filem tahun 2012, The Master. Beliau terus mencapai kejayaan pada tahun 2013 dengan lakonan di dalam Man of Steel, Her dan di dalam American Hustle.
Actress Amy Lou Adams was born August 20, 1974, in Vicenza, Italy.