Amy Poehler

Amy Poehler
Poehler di Anugerah Golden Globe ke-70 pada 13 Januari 2013
Kelahiran
Amy Meredith Poehler

(1971-09-16) 16 September 1971 (umur 53)
Pusat pendidikanKolej Boston
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelakon suara
  • pelawak
  • pengarah
  • penerbit
  • penulis
Tahun aktif1996–kini
PasanganWill Arnett (k. 2003; c. 2016)
Anak-anak2
SaudaraGreg Poehler (adik)
Kerjaya lawak
Media
  • Televisyen
  • filem
  • teater
  • buku
Genre
Subjek
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Amy Meredith Poehler (/ˈplər/; lahir 16 September 1971)[1][2] merupakan pelakon, artis suara, pelawak, pengarah, penerbit, dan penulis Amerika Syarikat. Selepas belajar improv di Bandar Raya Chicago dan ImprovOlympic di awal 1990-an, beliau berhijrah ke New York City pada tahun 1996 untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan komedi improvisasi Brigade Upright Citizens. Aksi kumpulan itu menjadi siri komedi lakaran setengah jam di Comedy Central pada tahun 1998. Bersama ahli-ahli kumpulan komedi lain, Poehler ialah pengasas Upright Citizens Brigade Theatre.[3]

Beliau terkenal dengan watak Leslie Knope lakonannya dalam sitkom NBC Parks and Recreation, yang mana beliau memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Terbaik dalam Siri Muzik atau Komedi Televisyen pada tahun 2014 dan Anugerah Pilihan Kritikan untuk Pelakon Terbaik dalam Siri Komedi pada tahun 2012. Poehler ialah ahli barisan pelakon dalam siri televisyen NBC Saturday Night Live dari 2001 hingga 2008 dan menjadi penasihat utama SNL's Weekend Update pada tahun 2004 bersama rakannya, Tina Fey. Beliau juga dikenali kerana meminjamkan suara Joy dalam filem Inside Out, Sally O'Malley dari adaptasi filem Horton Hears a Who!, Bessie Higgenbottom dalam siri Nickelodeon 2008-2011, The Mighty B! dan Homily Clock dari alihsuara Amerika-British dari The Secret World of Arrietty.

Poehler berkhidmat sebagai penerbit eksekutif sitkom Amerika-Sweden Welcome to Sweden, bersama adiknya Greg. Beliau juga merupakan penerbit eksekutif Broad City yang disiarkan di Comedy Central, dan muncul dalam episod akhir musim pertama.[4] Sejak Ogos 2015, beliau telah berkhidmat sebagai penerbit eksekutif dalam siri asal Hulu Difficult People, yang mempersembahkan bekas bintang sampingan Parks and Recreation Billy Eichner dan pelawak Julie Klausner, yang terakhir adalah pencipta rancangan tersebut.[5] Pada Disember 2015, Poehler menerima bintang di Hollywood Walk of Fame untuk sumbangannya di televisyen.[6] Calon Anugerah Emmy Primetime 18 kali, beliau memenangi Anugerah Emmy Primetime 2016 untuk Pelakon Tetamu Cemerlang dalam Siri Komedi untuk Saturday Night Live.

  1. ^ "Monitor". Entertainment Weekly (1277/1278). Sep 20–27, 2013. m/s. 36.
  2. ^ "Amy Poehler". TVGuide.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 5, 2015. Dicapai pada May 3, 2016.
  3. ^ Ziboman, Jason (February 19, 2013). "Laughs Can Be Cheap at a Comedy Theater". The New York Times. Dicapai pada August 31, 2016.
  4. ^ Framke, Caroline (January 22, 2014). "Broad City: 'What A Wonderful World'". The A.V. Club. Dicapai pada January 10, 2015.
  5. ^ Goldberg, Lesley. "Billy Eichner Comedy From Amy Poehler Ordered Straight to Series at Hulu". Dicapai pada 8 August 2015.
  6. ^ Sotoodeh, Sarah (December 4, 2015). "Family affair! Amy Poehler brings her two kids to cheer her on as she gets a star on the Hollywood Walk of Fame". Daily Mail. UK. Dicapai pada December 19, 2015.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne