Analisis dasar boleh ditakrifkan sebagai "penentuan mana-mana satu dasar antara berbagai-bagai alternatif yang paling dapat mencapai sesuatu set matlamat, berdasarkan hubungan antara dasar-dasar yang dirumuskan dengan matlamat-matlamatnya".[1] Bidang ini boleh dibahagikan lagi kepada dua subbidang yang utama:
Lingkungan dan tujuan analisis menentukan jenis analisis yang perlu dilakukan. Gabungan analisis dasar dan penilaian program ditakrifkan sebagai kajian dasar.[3]
Analisis dasar seringnya digunakan oleh sektor awam, tetapi juga boleh digunakan untuk jenis-jenis pertubuhan yang lain. Kebanyakan penganalisis dasar mendapat ijazah daripada pusat pengajian dasar awam. Bidang analisis dasar berakar umbi daripada analisis sistem yang dimulakan oleh Menteri Pertahanan Amerika Syarikat Robert McNamara semasa Perang Vietnam.[4]
Penganalisis dasar boleh memiliki latar-latar belakang yang berbeza, termasuk sosiologi, psikologi, ekonomi, geografi, falsafah, undang-undang, sains politik, kajian Amerika, antropologi, dasar awam, kajian dasar, kerja sosial, perancangan persekitaran, dan pentadbiran awam, antara lain.