Ananda Krishnan | |
---|---|
த. ஆனந்தகிருஷ்ணன் | |
Kelahiran | Tatparanandam Ananda a/l Krishnan 1 April 1938 |
Meninggal dunia | 28 November 2024 | (umur 86)
Pekerjaan | Pemilik tunggal Pacific States Investment Ltd. Pengerusi Usaha Tegas Sdn. Bhd. |
Nilai bersih | ▲ $9.6 bilion (2011)[1] |
Parti politik | MIC |
Anak-anak | 3 |
Tatparanandam Ananda Krishnan (Tamil: த. ஆனந்தகிருஷ்ணன்; 1 April 1938 — 28 November 2024) merupakan usahawan yang terkaya di Malaysia serta yang ke-138 di dunia, dengan nilai bersih yang dianggarkan sebanyak AS$4 bilion, menurut Majalah Forbes (2005). Beliau terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuknya minyak, penternakan kuda bibit (di Australia), perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga, dan harta tanah. Syarikat-syarikatnya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.
Pada tahun 1985, bersama Bob Geldof dari Britain, Ananda menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia. Kegiatan-kegiatan perniagaannya yang amat berjaya selalu menyebabkannya menjadi perhatian ramai.[2][3][4]